Welcome!

Selamat mengunjungi Blog Pusat Sumber SJK (C) Min Shing, Labu.

Semoga paparan dan maklumat yang disediakan memberi faedah kepada semua....


Matlamat, Objektif, Misi dan Visi PSS

     MATLAMAT

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Pusat Sumber bermatlamat untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membina insan yang seimbang dan harmoni dari segi rohani, jasmani, emosi dan kecemerlangan pendidikan. 


OBJEKTIF

1)
Mempertingkatkan taraf pembelajaran-pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik. 


2)
Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran supaya mereka tidak bergantung kepada buku teks dan “Chalk and Talk”. 


3)
Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca dan tabiat ingin tahu di kalangan murid melalui penggunaan sumber-sumber di P.S.S. 


4)
Membina kemahiran mencari maklumat (Kaji Selidik) dari pelbagai sumber. 


5)
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak murid-murid. 


6)
Menjadi pusat penyediaan dan pengeluaran bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.


7)
Menjadi pusat perkembangan, inovasi dan pertukaran idea di kalangan guru untuk kemajuan profesionalisme. 


8)
Membantu guru dalam pelbagai aspek perancangan, pengajaran dan pembelajaran. 



MISI

Bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor pendidikan melalui penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta maklumat pengurusan yang cemerlang.


VISI

Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran sepanjang masa.